Ramai yang ambil takaful tapi terlupa atau sengaja lengah-lengahkan pembayaran sumbangan bulanan. Tapi tahukah anda, bayaran takaful yang tertunggak boleh beri kesan besar pada perlindungan anda?
Dalam takaful, sumbangan bulanan adalah seperti “tiket masuk” untuk terus dilindungi. Bila anda tak bayar tepat pada masanya, anda mungkin akan kehilangan manfaat perlindungan tanpa anda sedar.
Tempoh Tanggungrugi (Grace Period)
Kebanyakan syarikat takaful beri tempoh tanggung rugi sekitar 30 hari. Dalam tempoh ini, anda masih dilindungi walaupun belum bayar. Tapi kalau selepas tempoh ini anda masih belum bayar, sijil takaful anda boleh lapsed atau dibatalkan. Bila itu berlaku, anda takkan dapat sebarang pampasan jika sesuatu berlaku.
Apa Jadi Kalau Berlaku Kematian atau Kemalangan?
Kalau sesuatu terjadi semasa sumbangan anda tertunggak dan luar dari tempoh tanggungrugi, permohonan pampasan boleh ditolak. Ini kerana secara teknikalnya, anda tidak lagi dilindungi. Bayangkan kalau anda dah bayar selama bertahun-tahun, tapi bila nak guna takaful, polisi dah tak aktif!
Apa Anda Boleh Buat?
-
Tetapkan auto-debit atau potongan gaji.
-
Semak tarikh akhir bayaran setiap bulan.
-
Hubungi ejen atau syarikat takaful jika terlepas bayar untuk proses reaktif sijil.
Kesimpulan
Jangan ambil ringan soal bayaran takaful. Lewat bayar boleh menyebabkan perlindungan anda tergantung. Pastikan anda sentiasa bayar tepat masa supaya manfaat takaful anda kekal aktif.