Skip to content

Perlindungan Takaful untuk Penyakit Kronik: Apa yang Perlu Anda Tahu

Elderly person's hand pouring pills from a bottle, offering ample copy space.

Kongsikan Dengan Kawan

Penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung dan kanser adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia. Kos rawatan berterusan juga tinggi. Persoalannya – adakah anda masih boleh ambil takaful selepas disahkan penyakit kronik?

Boleh ke Ambil Takaful Bila Dah Ada Penyakit?

Jawapannya: boleh, tapi dengan syarat tertentu. Contohnya:

  • Perlu melalui pemeriksaan kesihatan
  • Pelan tertentu mungkin mengenakan pengecualian (exclusion)
  • Sumbangan mungkin lebih tinggi

Takaful Khas untuk Penyakit Kronik:

Beberapa syarikat kini menawarkan pelan khas untuk penyakit kronik, termasuk:

  • Perlindungan penyakit kronik peringkat awal
  • Pelan yang tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan

Langkah Bijak:

  1. Ambil takaful sebelum disahkan sakit
  2. Dapatkan penjelasan penuh tentang had perlindungan dan pengecualian
  3. Pastikan ejen berdaftar dan beretika

Kesimpulan:

Penyakit kronik tidak seharusnya jadi halangan untuk mendapatkan perlindungan. Dengan pelan yang sesuai, anda masih boleh memastikan kestabilan kewangan di masa depan.

Saya Nak Quotation PERCUMA!