Dalam takaful, banyak istilah Arab digunakan. Salah satunya ialah wakalah – dan ramai masih keliru. Ringkasnya, wakalah ialah konsep agen/pengurusan. Syarikat takaful bertindak sebagai wakil peserta untuk mengurus dana.
Bagaimana Wakalah Berfungsi?
- Peserta bayar sumbangan takaful
- Syarikat takaful ambil “wakalah fee” sebagai upah pengurusan
- Baki dimasukkan ke dalam dana tabarru’ (derma sesama peserta)
Kenapa Konsep Wakalah Penting?
- Pastikan urus niaga patuh syariah
- Elak unsur riba & gharar
- Jelas beza antara untung syarikat & hak peserta
Kesimpulan:
Fahami konsep wakalah membantu kita jadi peserta takaful yang lebih bijak. Kita tahu ke mana duit kita pergi dan bagaimana ia diurus secara Islamik.